Kehidupan peribadi Aziz_M._Osman

Bapa Aziz, iaitu penyanyi terkenal 60an, M. Osman meninggal dunia pada 28 Julai 2001 akibat angin ahmar pada usia 62 tahun.[26][27][28] Beliau berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007. Perkahwinan keduanya ialah bersama Nor Radhiah Ramli dan ketiga bersama Puteri Lily Lokman dan dikurniakan Puteri Nur Azzahra.

Pada Februari 2016, Aziz muncul sebagai panelis dalam acara berkaitan PAS, bagaimanapun, beliau menafikan menyertai parti Islam itu.[29] Beliau berkata walaupun beliau mengagumi ikon PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau menegaskan tidak berminat menceburi politik.[29] Dalam temuramah dengan Harakah, beliau berkata: "Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dalam politik. Saya tidak tahu apa-apa tentang politik dan saya tidak membaca akhbar [untuk mengetahui tentang politik]. Saya hanya menjadi orang yang positif sejak saya kembali dari misi kemanusiaan di Syria."[29]

Pada September 2017, anak sulung beliau, Puteri Nur Asyiqin Aziz, berkahwin dengan penyanyi nasyid yang juga anggota Devotees dan penyampai berita TV AlHijrah, Adi Akmal Sehrom.[30][31][32] Beliau turut menyatakan rasa sebak kerana menikahkan anaknya sendiri.[33][34] Pada 31 Ogos 2018, Aziz dan isteri dikurniakan anak kedua yang juga anaknya yang ketujuh.[35]

Rujukan

WikiPedia: Aziz_M._Osman http://www.mynewshub.cc/2015/06/03/aziz-m-osman-um... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/aziz-m-os... http://www.imdb.com/name/nm0530789/ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2012/02/03/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aziz-m-osman... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...